Pages

something to share!

Kawan-kawan sekalian,

Walaupun kita tidak ada 'mood', cuba untuk lupakan masalah yang membuatkan anda begitu.
Teruskan untuk memuji dan menyembah Tuhan. Kerana di dalam Dia ada sukacita dan hanya Dia yang layak untuk menerima pujian dan penyembahan.
Ini adalah satu pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama. Saya dalam keadaan stress dan 'down' hari ini. Saya menangis beberapa kali sehingga membuatkan saya tiada semangat untuk menyanyi lagu pujian. Namun,saya sedar saya tidak sepatutnya begini. Saya perlu ada semangat untuk mengangkat pujian bagi Dia. 'Mood' saya bertukar. Saya kembali ceria semula. Saya lupakan hal-hal remeh yang membuatkan saya sedih. kerana saya tahu di dalam Dia ada sukacita.Haleluyah!